Dapatkan aplikasi ini

 

Syarat Penggunaan

Akses kepada dan penggunaan laman web ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut. Sila jangan gunakan laman web ini melainkan anda bersetuju dengan syarat-syarat ini. Laman web ini telah dibangunkan oleh Ascensia Diabetes Care SDN BHD dan dikendalikan oleh pihak yang sama. Kami berhak untuk memberhentikan atau membuat pengubahsuaian separa atau sepenuhnya kepada laman web ini atau kepada Syarat Penggunaan Umum. Sila maklum bahawa kami boleh membuat perubahan sedemikian mengikut budi bicara kami sendiri dan tanpa pengumuman terlebih dahulu. Oleh itu, kami perlu meminta anda untuk melihat syarat-syarat tersebut sekali lagi dan mengambil perhatian terhadap sebarang perubahan atau pindaan yang mungkin dibuat apabila anda melawat laman web ini lagi.

Penyerahan penggunaan dan faedah

Semua butiran, dokumen dan ilustrasi yang diterbitkan di laman web ini adalah harta tunggal Ascensia Diabetes Care Holdings AG. Sebarang kebenaran untuk menggunakannya diberikan dengan syarat bahawa nota hak cipta yang berkaitan dipaparkan pada semua salinan, butiran tersebut hanya digunakan untuk tujuan peribadi, ia tidak dieksploitasi secara komersil, butirannya tidak diubah dengan apa-apa cara dan semua ilustrasi yang diperolehi dari pada laman web hanya digunakan bersama-sama dengan teks yang disertakan.

Tanda dagangan

Semua nama produk dalam huruf besar atau ditandakan dengan cara lain di laman web ini adalah tanda dagangan Ascensia Diabetes Care Holdings AG, anak syarikat, sekutu, pemberi lesen atau rakan usaha samanya. Sebarang penggunaan atau penyalahgunaan tanda dagangan atau bahan lain yang tidak dibenarkan adalah dengan nyata dilarang dan merupakan pelanggaran hak cipta, undang-undang tanda dagangan atau hak harta perindustrian yang lain.

Liabiliti terhad

Ascensia Diabetes Care SDN BHD telah menyusun maklumat terperinci yang disediakan di laman web ini dari sumber dalaman dan luaran berdasarkan pengetahuan dan kepercayaannya yang terbaik, dengan menggunakan usaha profesional. Kami berusaha untuk memperluaskan dan mengemas kini pelbagai maklumat ini secara berterusan. Maklumat di laman web ini adalah semata-mata bertujuan untuk memperkenalkan Ascensia Diabetes Care serta produk dan perkhidmatannya. Walau bagaimanapun, tiada representasi dibuat atau jaminan diberikan, sama ada secara nyata atau tersirat, bagi kesempurnaan atau ketepatan maklumat di laman web ini. Khususnya, kami perlu meminta anda menyedari bahawa maklumat ini mungkin bukan lagi yang terkini. Oleh itu, kami mengesyorkan agar anda menyemak sebarang maklumat yang anda perolehi daripada laman web ini sebelum menggunakannya dalam apa jua bentuk. Nasihat yang diberikan di laman web ini tidak mengecualikan anda daripada melakukan pemeriksaan sendiri tentang nasihat terkini kami - terutamanya lembaran keselamatan dan spesifikasi teknikal kami - dan produk kami, dengan tujuan untuk kesesuaiannya bagi proses dan tujuan yang dimaksudkan. Sekiranya anda memerlukan nasihat atau arahan tentang produk atau perkhidmatan kami, sila hubungi kami terus. Pengguna laman web ini mengisytiharkan bahawa mereka bersetuju untuk mengakses laman web ini dan kandungannya atas risiko mereka sendiri. Ascensia Diabetes Care SDN BHD atau pihak ketiga yang terlibat dalam penulisan, pengeluaran atau penghantaran laman web ini tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kerosakan atau kecederaan yang disebabkan oleh akses atau kemustahilan akses atau daripada penggunaan atau kemustahilan penggunaan laman web ini atau daripada hakikat bahawa anda telah bergantung kepada maklumat yang diberikan di laman web ini.

Laman web vendor pihak ketiga/pautan

Laman web ini mengandungi pautan/rujukan kepada laman web pihak ketiga. Dengan menyediakan pautan sedemikian, Ascensia Diabetes Care SDN BHD tidak memberi persetujuan terhadap kandungannya. Ascensia Diabetes Care SDN BHD juga tidak menerima sebarang tanggungjawab bagi ketersediaan atau kandungan laman web sedemikian atau apa-apa liabiliti bagi kerosakan atau kecederaan akibat penggunaan kandungan sedemikian, dalam apa jua bentuk. Pautan ke laman web lain disediakan untuk pengguna laman web semata-mata untuk kemudahan.

Pengguna mengakses laman web tersebut atas risiko mereka sendiri.

Butiran yang diberikan oleh anda sendiri

Pengguna laman web ini bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kandungan dan ketepatan butiran yang dihantarnya kepada Ascensia Diabetes Care SDN BHD serta untuk tidak melanggar mana-mana hak pihak ketiga yang mungkin terlibat dalam butiran tersebut. Pengguna memberikan persetujuannya untuk Ascensia Diabetes Care SDN BHD menyimpan butiran tersebut dan menggunakannya bagi tujuan analisis statistik atau untuk sebarang tujuan perniagaan tertentu, melainkan maklumat itu melibatkan butiran peribadi, melampaui data induk atau data penggunaan. Khususnya, Ascensia Diabetes Care SDN BHD berhak menggunakan kandungan mesej sedemikian, termasuk idea, ciptaan, cetakan biru, teknik dan kepakaran yang terkandung di dalamnya, untuk sebarang tujuan, seperti pembangunan, pengeluaran dan/atau pemasaran produk atau perkhidmatan dan menghasilkan semula maklumat tersebut dan menjadikannya tersedia kepada pihak ketiga tanpa sebarang had.

Pengguna antarabangsa

Laman web ini diperiksa, dikendalikan dan dikemas kini oleh Ascensia Diabetes Care SDN BHD Ia bertujuan untuk kegunaan global. Walau bagaimanapun, Ascensia Diabetes Care SDN BHD tidak memberi jaminan bahawa butiran yang dikemukakan di laman web ini adalah benar di seluruh dunia, dan, khususnya, produk dan perkhidmatan tersebut akan tersedia dengan penampilan yang sama, dalam saiz atau keadaan yang sama di seluruh dunia. Sekiranya anda memanggil laman web ini atau memuat turun kandungan, sila ambil perhatian bahawa adalah menjadi tanggungjawab anda sendiri untuk memastikan anda bertindak selaras dengan undang-undang tempatan yang terpakai di situ.

Penjualan Produk Ascensia Diabetes Care Holdings AG

Produk kami dijual mengikut versi semasa Syarat Jualan dan Penghantaran Umum kami.

 

Ascensia, logo Ascensia Diabetes Care, Contour, Microlet, Glucofacts, logo No Coding dan Second-Chance adalah tanda dagangan dan/atau tanda dagangan berdaftar bagi syarikat Ascensia Diabetes Care Holdings AG.

Perkataan dan logo Apple adalah tanda dagangan syarikat Apple Inc. yang berdaftar di A.S. dan negara lain. App Store adalah tanda perkhidmatan bagi syarikat Apple Inc. Google Play dan logo Google Play adalah tanda dagangan bagi syarikat Google LLC. Perkataan dan logo Bluetooth® adalah tanda dagangan berdaftar milik syarikat Bluetooth SIG, Inc. dan semua penggunaan tanda itu oleh Ascensia Diabetes Care adalah berlesen. Semua tanda dagangan lain adalah hak milik setiap pemiliknya.

© Hak cipta 2019 Ascensia Diabetes Care Holdings AG. Semua hak cipta terpelihara.

Tarikh penyediaan: Julai 2016.   Kod: G.DC.07.2016.46124