Diabetes anda, diterangi.

Bukan mudah untuk menguruskan diabetes anda, menyimpan rekod semua keputusan glukosa darah (BG) anda dan memahami cara aktiviti anda memberi kesan kepadanya. Bukankah bagus jika sebahagian daripada masalah pengurusan diabetes anda itu digantikan dengan sistem yang membantu anda memahami cara aktiviti harian mempengaruhi BG anda?
Inilah masanya. Meter CONTOUR®PLUS ONE dan aplikasi CONTOUR®DIABETES menyambung dengan lancar untuk berbuat demikian.
Ketahui lebih banyak tentang diabetes anda.

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di +60321786162 (Isnin – Jumaat, 8:30 pagi – 5:30 petang, kecuali hari cuti umum) atau hantarkan e-mel ke customerservice.my@ascensia.com


Dapatkan aplikasi ini

Pengurusan diabetes pintar yang moden

Dengan mengintegrasikan meter glukosa darah (BG) dengan aplikasi telefon pintar, anda boleh memudahkan pengurusan diabetes anda. Keputusan BG yang dirakam sepanjang hari boleh disegerakkan dan dilog secara automatik. Dari masa ke masa, keputusan anda boleh menghasilkan gambaran yang bermakna tentang cara aktiviti anda mempengaruhi tahap BG anda, yang dapat membantu meningkatkan pemahaman anda tentang diabetes anda. Sementara berada di platform sama yang anda gunakan untuk banyak aspek lain dalam hidup anda – telefon pintar anda!

Mudah digunakan, meter pintar CONTOUR®PLUS ONE yang sangat tepat dan aplikasi CONTOUR®DIABETES menyambung dengan lancar untuk merakam semua bacaan BG anda dan membantu anda menguruskan diabetes anda dengan lebih bijak.

Sistem pintar ini membolehkan anda melibatkan diri pada tahap yang sesuai untuk anda menguruskan diabetes anda.

Temui pelbagai ciri meter CONTOUR®PLUS ONE dan aplikasi CONTOUR®DIABETES >

Contour Diabetes App

Memudahkan pengurusan diabetes anda

Mengawal diabetes anda setiap hari adalah sentiasa mencabar. Ketahui cara meter CONTOUR®PLUS ONE dan aplikasi CONTOUR®DIABETES boleh membantu menghapuskan beberapa masalah dalam menguruskan diabetes anda.

Adakah ini beberapa cabaran yang anda hadapi?

alt1
Kekal teratur

Tetapkan peringatan pada ujian dan tambah janji temu doktor anda pada diari anda.

Mendapatkan keputusan BG yang tepat

Mudah digunakan meter CONTOUR®PLUS ONE telah terbukti memberikan keputusan glukosa darah yang sangat tepat.* Julat ralat terkecil yang memenuhi 95% atau lebih keputusan adalah ±0.47 mmol/L or ±8.4% (berbanding rujukan YSI) untuk ujian hujung jari subjek.

 

 Piawaian ketepatan membolehkan julat ralat ±0.83 mmol/L atau ±15%. * Meter CONTOUR®PLUS ONE telah terbukti memberikan julat ralat ±0.47 mmol/L atau ±8.4% dalam julat keseluruhan

*Keperluan ketepatan ISO 15197:2013 (Bahagian 6.3 & Bahagian 8) untuk sistem pemantauan glukosa in vitro yang mengukur kepekatan glukosa dalam sampel darah kapilari ialah sekurang-kurangnya 95% keputusan hendaklah jatuh dalam lingkungan ±0.83 mmol/L atau ±15% daripada hasil rujukan bagi rujukan YSI min untuk sampel dengan kepekatan glukosa <5.55 mmol/L dan ≥5.55 mmol/L, masing-masing.

Membazirkan jalur

Dengan pensampelan Second-Chance™ anda boleh membubuh semula darah pada jalur jika sampel pertama tidak mencukupi. Membantu mengelakkan torehan kali kedua dan membazirkan jalur.

Mengetahui jika anda berada dalam sasaran

Ciri smartLIGHT™ menyediakan anda dengan penunjuk segera keputusan glukosa darah anda supaya anda tahu sama ada ia berada di dalam, di atas atau di bawah julat sasaran anda.

Hijau  = dalam sasaran   Kuning jingga  = di atas sasaran   Merah  = di bawah sasaran

Memahami pola dan trend BG

Bacaan BG yang dirakam dengan lancar digunakan untuk mencipta pola dan trend yang diperibadikan untuk membantu anda melihat cara aktiviti harian mempengaruhi keputusan anda.

Memahami kesan makanan dan aktiviti pada tahap BG

Merakam peristiwa seperti diet, aktiviti dan ubat-ubatan, juga menambah gambar, nota atau memo suara untuk membantu anda memahami keputusan ujian anda.

Maklum dengan tahap BG yang tinggi kritikal dan rendah kritikal

Amaran dicetuskan secara automatik apabila kadar glukosa darah anda adalah tinggi kritikal atau rendah kritikal. Nilai tinggi kritikal dan rendah kritikal boleh ditukar dalam aplikasi. Bercakap dengan profesional penjagaan kesihatan anda sebelum menukar nilai ini.

Perbualan yang lebih bermaklumat dengan doktor anda

Anda mempunyai keupayaan untuk menjana laporan yang boleh dihantar terlebih dahulu atau dibawa bersama untuk berjumpa doktor anda.

Torehan mudah

Alat lanset MICROLET®NEXT  adalah mudah digunakan dan disertakan dengan meter CONTOUR®PLUS ONE anda untuk membantu anda memulakan ujian dengan yakin.

Pilih yang lain

Bukankah sudah tiba masanya untuk menyertai pengurusan diabetes yang moden?

Meter CONTOUR®PLUS ONE dan aplikasi CONTOUR®DIABETES menyediakan cara yang mudah untuk menguruskan diabetes anda.

Dapatkan aplikasi ini

Download on the App Store Download on the Play Store

Ingin tahu lebih lanjut?

Hanya tanya doktor anda tentang meter CONTOUR®PLUS ONE dan sistem aplikasi CONTOUR®DIABETES baharu hari ini untuk mula menguruskan diabetes anda dengan lebih bijak.

Contour Diabetes App

Ascensia, logo Ascensia Diabetes Care, Contour, Microlet, Glucofacts, logo No Coding dan Second-Chance adalah tanda dagangan dan/atau tanda dagangan berdaftar bagi syarikat Ascensia Diabetes Care Holdings AG.

Perkataan dan logo Apple adalah tanda dagangan syarikat Apple Inc. yang berdaftar di A.S. dan negara lain. App Store adalah tanda perkhidmatan bagi syarikat Apple Inc. Google Play dan logo Google Play adalah tanda dagangan bagi syarikat Google LLC. Perkataan dan logo Bluetooth® adalah tanda dagangan berdaftar milik syarikat Bluetooth SIG, Inc. dan semua penggunaan tanda itu oleh Ascensia Diabetes Care adalah berlesen. Semua tanda dagangan lain adalah hak milik setiap pemiliknya.

© Hak cipta 2019 Ascensia Diabetes Care Holdings AG. Semua hak cipta terpelihara.

Tarikh penyediaan: Julai 2016.   Kod: G.DC.07.2016.46124