Dapatkan aplikasi ini

Pernyataan Privasi

Tarikh Kuat Kuasa: Mei 2018

Perlindungan dan keselamatan data peribadi adalah penting kepada Ascensia. Pernyataan Privasi ini memberitahu anda cara kami mengumpul, mengguna, berkongsi dan melindungi data peribadi anda bersama-sama Terma dan Syarat laman web, terpakai ke atas penggunaan http://www.contourplusone.my oleh anda.

Laman Web kami dikendalikan oleh Ascensia Diabetes Care Malaysia SDN BHD (Ascensia) Lot 2-2, Tingkat 2, Menara B, The Troika, 19, Persiaran KLCC, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia, yang merupakan pengawal data peribadi anda yang diproses melalui laman web ini. Ascensia adalah anak syarikat Ascensia Diabetes Care Holdings AG di Switzerland.

Sila baca Pernyataan Privasi ini untuk memahami cara Ascensia boleh memproses data peribadi anda yang diberikan melalui Laman Web kami.

INDEKS

1. Pengumpulan Data Peribadi

2. Maklumat Berkaitan Kesihatan Anda

3. Pemasaran

4. Berkongsi Data Peribadi anda

5. Menyimpan Data Peribadi anda

6. Memastikan Data Peribadi anda Selamat

7. Penggunaan Kuki

8. Google Analytics

9. Memilih keluar daripada kuki

10. Kanak-kanak

11. Menggunakan Hak Anda

12. Pautan ke Laman Web Lain

13. Perubahan kepada Pernyataan Privasi ini

14. Hubungi Kami

 

1. Pengumpulan Data Peribadi

Anda tidak perlu memberikan sebarang data peribadi sebagai syarat menggunakan Laman Web kami. Apabila anda menghantar data peribadi kepada kami, Ascensia akan memproses data peribadi anda untuk tujuan berikut:

 

Apabila anda berkomunikasi dengan kami melalui Laman Web kami atau meminta produk atau perkhidmatan, jenis maklumat yang kami boleh kumpulkan daripada anda termasuk: nama, jantina, tarikh lahir, alamat, butiran hubungan termasuk alamat e-mel anda, pilihan bahasa dan butiran komunikasi atau permintaan anda.

2. Maklumat Berkaitan Kesihatan Anda

Apabila anda meminta produk atau perkhidmatan daripada kami, lengkapkan borang pendaftaran dalam talian atau laman web atau hubungi kami dengan pertanyaan atau permintaan, anda boleh memilih untuk memberikan kami maklumat berkaitan kesihatan anda supaya kami dapat membalas komunikasi atau permintaan anda atau membantu kami menyediakan perkhidmatan pelanggan yang disesuaikan dengan keperluan anda. Maklumat berkaitan kesihatan ini termasuk: jenis diabetes, terapi, rawatan, butiran meter glukosa darah anda dan peralatan lain dan kekerapan pengukuran anda.

Kami akan meminta persetujuan jelas anda untuk memproses maklumat berkaitan kesihatan anda seperti yang diterangkan dalam Pernyataan Privasi ini, yang anda boleh menarik balik pada bila-bila masa dengan menghubungi kami di: privacy@ascensia.com.

Sebab Memproses Data Peribadi anda

Untuk membolehkan kami melaksanakan kontrak yang dibuat antara anda dan kami dan untuk kepentingan perniagaan kami yang sah termasuk untuk tujuan statistik, kami boleh memproses data peribadi anda:

Untuk tujuan perniagaan kami yang sah berkaitan dengan pemasaran langsung dan jika perlu, atas dasar persetujuan anda, kami boleh memproses data peribadi anda:

Untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan tempatan, kami boleh memproses data peribadi anda:

Atas sebab kepentingan awam dalam bidang kesihatan awam yang berkaitan dengan alat perubatan, untuk menjalankan penyelidikan saintifik dan/atau untuk tujuan perniagaan yang sah, kami boleh menggunakan dan mendedahkan kepada penyelidik pihak ketiga, statistik, agregat, maklumat tanpa nama atau dinyahkenal pasti/disamarkan (ini adalah maklumat yang Ascensia akan mengalih keluar pengecam peribadi seperti nama dan alamat e-mel) untuk tujuan:

 

Atas dasar persetujuan anda, kami boleh memproses maklumat berkaitan kesihatan anda (seperti yang digariskan di bawah bahagian “Maklumat Berkaitan Kesihatan Anda” di atas) untuk membolehkan kami memberi jawapan kepada pertanyaan atau permintaan lain yang anda buat apabila anda menghubungi kami melalui Laman Web kami atau untuk membantu kami memahami keperluan anda agar kami dapat membantu anda dengan lebih baik, termasuk berkaitan dengan penggunaan Aplikasi Contour Diabetes kami.

 

3. Pemasaran

Kami mungkin menghubungi anda untuk memberitahu anda mengenai produk dan perkhidmatan yang kami rasa mungkin menarik minat anda atau yang sama seperti yang telah anda beli atau bertanya mengenainya.

Anda mungkin dihubungi oleh kami, Ascensia Diabetes Care Holdings AG, pengedar produk Ascensia atau salah satu daripada rakan kongsi terpilih kami, di mana anda telah bersetuju untuk menerima komunikasi tersebut.

Anda boleh memilih untuk tidak menerima komunikasi pemasaran kami pada bila-bila masa dengan menghubungi kami di privacy@ascensia.com atau dengan menggunakan pautan menghentikan langganan dalam mana-mana komunikasi kami.

Kami akan terus menghubungi anda untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan pemasaran apabila kami perlu mengeluarkan notis pembetulan lapangan atau keselamatan atau apabila kami perlu menghantar maklumat tertentu kepada anda di bawah keperluan undang-undang, peraturan atau etika.

4. Berkongsi Data Peribadi anda

Kami tidak menyewakan atau menjual data peribadi anda kepada sesiapa pun. Ascensia mungkin berkongsi maklumat anda dengan:

Kami juga boleh mendedahkan data peribadi anda apabila perlu untuk membalas kepada permintaan yang dibenarkan daripada pihak berkuasa kerajaan atau apabila dikehendaki oleh undang-undang, termasuk keselamatan negara.  Apabila kami dikehendaki oleh undang-undang, kami juga boleh mendedahkan data peribadi anda jika perlu untuk menguatkuasakan atau menggunakan Terma dan Syarat Laman Web kami, Pernyataan Privasi ini atau perjanjian lain, bagi menyiasat atau melindungi hak, harta benda atau keselamatan Ascensia dan kumpulan syarikat kami, produk dan perkhidmatan kami dan pelanggan, pengedar atau rakan kongsi perniagaan kami atau untuk mencegah atau mengambil tindakan berkenaan aktiviti haram atau penipuan, situasi yang melibatkan potensi ancaman terhadap keselamatan mana-mana orang atau sebagai bukti dalam litigasi.  Data peribadi anda mungkin tertakluk kepada undang-undang asing dan boleh diakses oleh kerajaan asing, mahkamah, agensi penguatkuasaan undang-undang dan kawal selia.

5. Menyimpan Data Peribadi anda

Penduduk rantau Asia Pasifik: Data peribadi anda akan disimpan dalam pelayan yang terletak di Singapura. Dalam kes khas, data peribadi anda boleh dipindahkan ke Ascensia Diabetes Care US Inc. yang terletak di Amerika Syarikat.  Kami juga boleh memindahkan data peribadi kepada penyedia perkhidmatan yang terletak di luar rantau Asia Pasifik, termasuk apabila diperlukan untuk memenuhi pesanan, pentadbiran pertanyaan atau permintaan yang anda buat melalui Laman Web kami atau penyediaan perkhidmatan sokongan. Negara-negara tersebut mungkin mempunyai tahap perlindungan data yang berlainan daripada yang digunakan di negara tempat tinggal anda dan apabila kami memindahkan data peribadi, kami telah membuat perjanjian untuk melindungi pemprosesan data peribadi.

Ascensia akan menyimpan maklumat anda selagi kami perlu, mengikut undang-undang dan jika tidak ada keperluan undang-undang, kami hanya akan menyimpannya selama yang diperlukan bagi memenuhi tujuan ia dikumpulkan seperti yang dijelaskan dalam Pernyataan Privasi ini. Untuk menentukan tempoh yang sesuai untuk menyimpan data peribadi, kami akan mempertimbangkan amaun, sifat dan kesensitifan data peribadi tersebut, potensi risiko membahayakan daripada penggunaan atau pendedahan data peribadi anda tanpa kebenaran, tujuan kami memproses data peribadi anda dan sama ada kami boleh mencapai tujuan tersebut melalui cara lain dan keperluan undang-undang yang berkenaan.

6. Memastikan Data Peribadi anda Selamat

Ascensia melaksanakan perlindungan pentadbiran, teknikal dan fizikal yang wajar untuk melindungi kerahsiaan, integriti dan ketersediaan data peribadi anda. Kami akan menggunakan ciri-ciri prosedur dan keselamatan yang ketat, termasuk teknik kriptografi dan mengambil semua langkah sewajarnya yang perlu untuk memastikan data peribadi anda diproses dengan selamat dan menurut Pernyataan Privasi ini.

Sila ambil perhatian bahawa penghantaran maklumat melalui internet adalah tidak sepenuhnya selamat. Walaupun Ascensia akan berusaha sedaya upaya untuk melindungi data peribadi anda, kami tidak boleh menjamin keselamatan maklumat anda yang dihantar melalui Laman Web kami dan sebarang penghantaran adalah atas risiko anda sendiri.

7. Penggunaan Kuki

Kami menggunakan kuki dan teknologi yang serupa. Ini adalah fail data kecil yang dihantar ke penyemak isembas anda dan diletakkan pada pemacu keras komputer anda apabila anda melawat laman web. Maklumat yang terkandung dalam kuki itu ditetapkan oleh pelayan laman web dan ia boleh digunakan apabila pengguna mengunjungi laman web tersebut. Kuki direka untuk mengingati perkara yang telah dilakukan oleh pengguna internet semasa berada di laman web pada masa lalu, yang boleh termasuk meletakkan produk dalam bakul, log masuk atau mengklik pautan.

Kami membuat penambahbaikan dan perubahan yang berterusan kepada cara kami menggunakan kuki dan teknologi yang serupa dan kami akan memastikan bahagian Pernyataan Privasi kami ini dikemas kini dengan kuki yang kami gunakan. 

Kami menggunakan kuki berikut di Laman Web kami:

 

Sebahagian daripadanya adalah kuki berulang yang mungkin digunakan jika anda log masuk ke kawasan terhad Laman Web kami untuk mengingati diri anda. Lain-lain adalah kuki sesi yang mungkin digunakan untuk pengenalan tanpa nama kunjungan laman web untuk tujuan teknikal sahaja. Kuki sesi hanya disimpan untuk sementara semasa sesi semak imbas dan akan dipadamkan sebaik sahaja penyemak seimbas ditutup.

Kami menggunakan kuki dan teknologi yang serupa untuk tujuan berikut:

 

Kami juga menggunakan kuki dan teknologi serupa yang disediakan oleh syarikat lain untuk mengumpulkan maklumat trafik web seperti masa, tarikh, alamat IP dan penyemak seimbas, supaya kami dapat menyimpan pilihan anda dan maklumat lain pada peranti anda dan menjimatkan masa anda pada lawatan berikutnya dengan menghapuskan keperluan untuk memasukkan maklumat yang sama berulang kali. Dalam kebanyakan keadaan, maklumat yang dirakam tidak dapat mengenal pasti anda sebagai seorang individu. Data ini mungkin boleh membawa kepada pengenalan anda, tetapi kami tidak menggunakannya untuk berbuat demikian.

8. Google Analytics

Kami menggunakan kuki Google Analytics untuk mengumpul maklumat dan menyusun laporan tentang cara pengunjung menggunakan Laman Web kami, dan kami menggunakan maklumat ini untuk membantu kami menambah baik Laman Web kami. Google Analytics kebanyakannya menggunakan kuki pihak pertama yang tidak dikongsikan bersama di laman web berbeza yang anda lawati. Maklumat yang dikumpul oleh kuki kebanyakannya tanpa nama dan termasuk jumlah pengunjung ke Laman Web, di mana pengunjung tersebut berasal dan kekerapan mereka melawat Laman Web tersebut. Google telah menerbitkan maklumat berhubung Privasi dan melindungi data.

Google Analytics akan mengumpul alamat IP anda, yang merupakan kod unik yang ditetapkan kepada setiap komputer dan peranti yang disambungkan ke Internet. Alamat IP biasanya ditetapkan dalam blok geografi dan boleh membenarkan pengendali laman web mengenal pasti negara, negeri dan bandar di mana komputer atau peranti itu berpangkalan. Kami mungkin mengumpul sama ada alamat IP penuh atau sebahagian untuk membantu kami mengenal pasti lokasi pelawat laman web kami. Google Analytics juga akan mengumpul maklumat demografi dan minat, termasuk umur dan jantina, jika tersedia dalam kuki.

Google Analytics juga menggunakan kuki pihak ketiga (seperti kuki DoubleClick) pada laman web di mana Ciri Pengiklanan Google Analytics digunakan, seperti Pemasaran Semula atau AdWords. Penggunaan ciri Pemasaran Semula Google Analytics oleh kami membolehkan pengiklanan yang disasarkan dan berkaitan disampaikan kepada anda apabila anda menyemak seimbas di tempat lain di internet. Ciri ini juga boleh berfungsi merentas peranti apabila anda mempunyai akaun Google dan anda telah memilih untuk membolehkan Google mengaitkan sejarah semak seimbas web anda dengan akaun anda dan menggunakan maklumat dari akaun anda untuk memperibadikan pengiklanan yang anda lihat di internet. Apabila anda log masuk ke akaun Google anda, Google akan menggunakan data anda bersama-sama dengan data analitik yang diperoleh oleh kuki pihak ketiga di Laman Web kami untuk memberikan pengiklanan yang lebih baik pada laman web lain yang anda lawati dan berdasarkan kepada tabiat semak seimbas masa lalu anda. Untuk menyokong ciri ini, Google akan mengumpulkan pengecam pengguna yang disahkan Google.

Maklumat lanjut berhubung kuki pengiklanan ini boleh didapati di http://www.google.com/intl/en/policies/technologies/ads/. Anda boleh memilih keluar daripada ciri ini dengan melawat Tetapan Iklan Google.

9. Memilih keluar daripada kuki

Anda boleh menolak untuk menerima kuki dengan mengubah tetapan pada penyemak seimbas internet anda (contohnya Internet Explorer, Chrome dan Firefox). Sila ambil perhatian bahawa jika anda memilih untuk tidak membenarkan kuki, beberapa bahagian Laman Web kami mungkin tidak berfungsi dengan baik atau boleh diakses.

Secara umum, dengan menggunakan item menu bantuan dalam penyemak seimbas internet anda, arahan tentang cara mematikan atau memadamkan kuki boleh didapati. Kebanyakan penyemak seimbas disediakan untuk menerima kuki ini secara automatik. Selain itu, anda boleh menyahaktifkan penyimpanan kuki atau menyesuaikan penyemak seimbas anda untuk memberitahu anda sebelum kuki disimpan pada komputer anda. Anda juga boleh menggunakan program pengaturan sendiri yang terdapat dalam bidang kuasa anda untuk menguruskan cara syarikat selain daripada Google mengiklankan kepada anda, seperti Your Online Choices yang berpangkalan di EU.

Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian, bahawa jika anda memadam kuki anda:

10. Kanak-kanak

Kami tidak akan mengumpul atau menggunakan melalui Laman Web kami, apa-apa data peribadi mana-mana orang yang kami tahu berumur di bawah 16 tahun tanpa terlebih dahulu mendapatkan pengakuan, persetujuan disahkan ibu bapa/penjaganya. Ibu bapa/penjaga berhak, di atas permintaan, untuk melihat maklumat yang diberikan oleh anak mereka dan/atau memintanya dipadamkan. Jika kami mendapati bahawa kanak-kanak telah memberikan data peribadi kepada kami secara dalam talian melalui Laman Web kami, kami akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memadam data ini. Jika anda adalah ibu bapa/penjaga yang bimbang mengenai data peribadi anak anda berhubung Laman Web kami, sila hubungi Ascensia di privacy@ascensia.com atau menghantar surat ke Ascensia Diabetes Care Malaysia SND BHD Lot 2-2, Tingkat 2, Menara B, The Troika, 19, Persiaran KLCC, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia.

11. Menggunakan Hak Anda

Penduduk Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) atau Switzerland: Anda berhak untuk:  memohon (a) capaian kepada data peribadi anda yang kami pegang; (b) memohon kami membetulkan mana-mana data peribadi anda yang tidak tepat yang kami pegang; (c) memohon kami memadam mana-mana data peribadi anda yang kami pegang; (d) mengehadkan pemprosesan data peribadi anda yang kami pegang; (e) membantah pemprosesan data peribadi anda yang kami pegang; dan/atau (f) menerima apa-apa data peribadi anda yang kami pegang dalam format boleh dibaca mesin yang distrukturkan dan biasa digunakan atau mempunyai maklumat peribadi berkenaan yang disampaikan kepada syarikat lain. Kami boleh meminta anda untuk memberikan maklumat tambahan bagi mengesahkan identiti anda dan bagi tujuan keselamatan, sebelum mendedahkan maklumat yang diminta kepada anda. 

Apabila anda telah diminta untuk bersetuju kepada pemprosesan data peribadi anda, kami akan memberikan anda peluang untuk menarik balik persetujuan anda. Anda boleh menarik balik persetujuan anda, misalnya dengan menghubungi kami dengan menggunakan butiran untuk dihubungi di bawah. Dalam setiap kes anda akan diberikan maklumat mengenai cara menarik balik persetujuan. Mana-mana penarikan balik persetujuan tidak akan memberi kesan ke atas kesahan pemprosesan berdasarkan persetujuan anda sebelum penarikan balik. Sila ambil perhatian bahawa apabila anda menarik balik persetujuan anda, kami hanya akan berhenti memproses data peribadi anda yang berkaitan dengan penarikan balik persetujuan itu.

Untuk menggunakan mana-mana hak anda yang berkaitan dengan data peribadi anda, sila hubungi Ascensia melalui e-mel di privacy@ascensia.com atau menghantar surat ke Ascensia Diabetes Care Malaysia SND BHD Lot 2-2, Tingkat 2, Menara B, The Troika, 19, Persiaran KLCC, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia. Kami akan memproses apa-apa permintaan yang selaras dengan mana-mana undang-undang tempatan dan dasar serta prosedur kami.

12. Pautan ke Laman Web Lain

Laman Web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga yang tidak dikawal oleh Pernyataan Privasi ini. Walaupun kami berusaha untuk memautkan hanya kepada laman web yang mempunyai piawaian privasi yang tinggi, Pernyataan Privasi ini tidak lagi terpakai sebaik sahaja anda meninggalkan Laman Web kami.

Pautan ke laman web lain disediakan untuk maklumat sahaja dan bukan merupakan pengendorsan bagi laman web lain itu. Ascensia dan/atau syarikat gabungannya tidak bertanggungjawab bagi kandungan pautan atau laman web pihak ketiga dan tidak membuat sebarang representasi berkaitan kandungan atau ketepatannya. Penggunaan laman web pihak ketiga oleh anda adalah atas risiko anda sendiri.

13. Perubahan kepada Pernyataan Privasi ini

Sebarang perubahan yang kami buat kepada Pernyataan Privasi kami pada masa akan datang akan dipaparkan di halaman ini dan jika sesuai, dimaklumkan kepada anda melalui e-mel. Sila semak semula dengan kerap untuk melihat sebarang kemas kini atau perubahan pada Pernyataan Privasi kami.

14. Hubungi Kami

Soalan, komen dan permintaan berkenaan Pernyataan Privasi ini adalah dialu-alukan dan perlu dialamatkan kepada Pegawai Perlindungan Data Kumpulan Ascensia di privacy@ascensia.com atau kepada Ascensia Diabetes Care Malaysia SND BHD Lot 2-2, Tingkat 2, Menara B, The Troika, 19, Persiaran KLCC, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia. Jika anda menghubungi kami, kami akan cuba sedaya upaya untuk menangani sebarang kebimbangan yang mungkin ada mengenai pemprosesan data peribadi anda.

 

 

Ascensia, logo Ascensia Diabetes Care, Contour, Microlet, Glucofacts, logo No Coding dan Second-Chance adalah tanda dagangan dan/atau tanda dagangan berdaftar bagi syarikat Ascensia Diabetes Care Holdings AG.

Perkataan dan logo Apple adalah tanda dagangan syarikat Apple Inc. yang berdaftar di A.S. dan negara lain. App Store adalah tanda perkhidmatan bagi syarikat Apple Inc. Google Play dan logo Google Play adalah tanda dagangan bagi syarikat Google LLC. Perkataan dan logo Bluetooth® adalah tanda dagangan berdaftar milik syarikat Bluetooth SIG, Inc. dan semua penggunaan tanda itu oleh Ascensia Diabetes Care adalah berlesen. Semua tanda dagangan lain adalah hak milik setiap pemiliknya.

© Hak cipta 2019 Ascensia Diabetes Care Holdings AG. Semua hak cipta terpelihara.

Tarikh penyediaan: Julai 2016.   Kod: G.DC.07.2016.46124